Snapshots | Rich People (1994) – Filem adaptasi

Neak sre_ Rice people (part 1).mp4_snapshot_01.17_[2013.02.14_08.53.30]Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya SN Shahnon Ahmad telah diadaptasi oleh Kemboja sebagai filem yang berjudul Neak sre (Rice People). Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Cannes 1994 dan mewakili negara Kemboja untuk Oscar kategori filem asing terbaik pada tahun 1995.

Di Malaysia, novel ini telah diadaptasi ke filem pada tahun 1983 dengan tajuk yang sama dan diarahkan oleh Ahmad Mahmud. Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-4.

Antara novel lain yang telah diadaptasikan ke filem ialah Cinta Gadis Rimba (1958) karya Harun Aminurashid, Rumah Itu Duniaku (1964) (Hamzah Hussein), Bukan Salah Ibu Mengandung (1969) judul asal Memang Nasib Celaka Badan, Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1971) (Harun Hassan), Langit Petang (1982) (A Samad Said), Mira Edora (1990) (Khadijah Hashim), Black Widow Wajah Ayu (1994) (Raja Azmi) dan Jogho (1997) (S Othman Kelantan). [Sumber: Sinar Harian]

Hanya tiga daripada senarai di atas merupakan adaptasi karya sasterawan negara. Terdapat juga berita yang menyatakan bahawa Sabri Yunus telah siap mengarah sebuah lagi filem adaptasi karya SN Anwar Ridhwan, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman. [Sumber: Utusan Malaysia]

Senarai di atas tidak termasuk adaptasi novel popular seperti Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan, Untuk Tiga Hari dan sebagainya.

Advertisements